Tuesday, December 7, 2010

Vacation Again..





Cuti sekolah kali ini abah bawak saya dan mama gi jalan-jalan kat Cameron Highland dan Taiping.Sebenarnya Cameron saya dah pernah pergi tapi masa tu saya kecik lagi.Belum boleh jalan pun.Sekarang saya dah boleh lari-lari kat ladang teh tu sambil-sambil pose petik teh..
chewah..takde la sampai macam tu..Saya masih lagi duduk dalam stroller sebab mama malas nak k kejar-kejar saya yang suka berlari sesuka hati saya.Hari tu sejuk sangat kat Cameron sebab hari hujan so abah belikan saya sweeter baru.Seronok sangat dapat makan buah strawberry tapi bila nak balik jalan jem sebab orang ramai sangat.Saya dah penat dan lapar jadi saya dah tak 'behave', dalam kereta saya mengamuk..sori ye mama..heheh..

Friday, November 26, 2010

Pose ayu..



Cantik tak saya pakai camni? Ni tudung akak Maryam,tapi abah pinjam jap utk buat photoshoot saya.
Nampaknya abah dah tak sabar nak baby girl..Abah kata kalau baby girl namanya Haqimah.Sesuai dengan nama saya Adam Haqimi.
Apa-apa je lah abah..

*Mamin mesti tengok dan komen yea..

Wednesday, November 3, 2010

Saat yang saya tunggu!


yey..yey..sudah menghampiri cuti sekolah..

maknanya...saya akan balik ke rumah abah..

spend banyak masa dengan abah..

pergi playground petang-petang dengan mama..

Seronoknya..tak sabarnya saya,mama..


Sunday, October 10, 2010

Bad mood la!


Raya dah habis tapi saya baru nak bercerita pasal hari raya saya.Di pagi hari aidilfitri yang sejuk (sebab hujan turun renyai-renyai),saya tak dapat menikmati hari raya dengan gembira sebab saya demam.dah 3 hari saya demam,badan saya rasa sakit-sakit so saya tak de mood nak raya.Pagi raya saya tak nak pakai baju raya,tak nak salam dengan atuk nenek,tak nak main ngan kazen-kazen sampai mama naik tensen.Punya la kronik demam saya ni sampaikan orang lain tengok saya pun saya marah..saya memang in a bad mood hari tu.Akhirnya bila semua orang dah balik,baru lah saya nak pakai baju raya dan tangkap gambar family.Itupun setelah mendapat sedas dua cubitan dari mama..huhu..tengok la kat gambar tu..

Tuesday, September 7, 2010

Kad untuk Mamin a.k.a bik min

2 hari lagi nak raya.mama buat photoshoot raya untuk tempek kat blog ni khas untuk aunty saya yang tak balik raya.Lagipun dia belum habis pantang so tak dapat la dia makan kuih raya..cian kat Mamin.Dikesempatan ini saya dan kazen2 saya nak wish Mamin and family selamat hari raya.Tahun depan Mamin balik jangan lupa bagi duit raya.Saya nak simpan dalam tabung haji.hehe..muahh..kiss untuk Mamin dan adik Rayyan a.k.a awang..

dari kami,
geng baju belang

Sunday, August 8, 2010

sepupu baru

My beloved aunty dah dapat baby boy 2 Ogos yang lepas.Selamat datang ke keluarga Mhd Bani + Mutrika.Nampaknya saya belum dapat kazen perempuan lagi.Baby ni lahir kat Uk tau.Uii,pas ni kalau balik Malaysia boleh la ajak dia speaking..Oleh sebab namanya belum diberi,so mama panggil baby ni 'Awang'..alala Awang,awak ni cute la..

Monday, August 2, 2010

17 bulan..


Saya sudah setahun 5 bulan.. (17 bulan)

Pada usia ini saya sudah pandai:


--> sebut mama,abba,mak,mbah..aba..(abang),jaajaa..(jajan)

--> suap nasik dari pinggan sendiri (walaupun yang masuk mulut cuma beberapa butir je)

--> Ambik bantal setiap kali mama balik dari sekolah (untuk mama baring dan brestfeed saya)

--> tolong mama susun baju yg dah dilipat dan masukkan dalam bakul pakaian saya (lebih kepada masuk dan sumbat jer..haha)

--> tolong mama tutup pintu,switch on TV,tengok kartun..


Banyak juga perkara yang saya dah pelajari seiring denan usia saya.Cuma satu je yang saya musykil...


bila agaknya rambut saya nak tumbuh banyak???




Saturday, June 12, 2010

Swimming is fun!!



Sangat seronok rasanya kalau abah bawak saya mandi-manda kat kolam.Saya paling suka walaupun airnya sejuk.Tengok la pelampung yang abah belikan untuk saya ni,memang khas untuk saya berenang.Mama kata dia nak saya belajar berenang dari kecik lagi.Tapi sebenarnya mama nak cover yang sebenarnya dia tak tahu berenang..hahaha..

come on mama..I challenge you!

Wednesday, June 9, 2010

jumpa kawan..


Adam dan Zayyan..seorang muka jawa,sorang muka gegirl..

Cuti sekolah dah bermula..yahoo!! (walaupun saya tak sekolah lagi)..tapi saya tau cuti sekolah bermakna saya akan balik rumah abah kat Rawang.Abah bawak kami jalan-jalan ke Johor sebab kawan abah kawin.Balik dari Johor,mama singgah rumah kawan mama,Mak Ngah Ana.Dia duduk kat Puchong.Kami pusing2 sampai sesat nak cari rumah mak ngah.Abah tak biasa ngan jalan kat KL mama lagi la..Last2 mak ngah amik kami kat masjid dan dalam pukul 9 kami sampai rumah mak ngah.Rumah mak ngah kat tingkat paling atas sekali.Patut la mak ngah maintain slim je rupanya hari-hari kena bersenam naik tangga sampai tingkat 5.hehe.
Saya jumpa Zayyan anak mak ngah yang sebaya ngan saya.Walaupun dia muda 7 bulan dari saya tapi dia lagi besar dari saya.Saya kan cinonit je..Seronok kawan dengan Zayyan sebab dia sporting share mainannya dengan saya.Kami balik dalam pukul 9.45 malam.

Sampai jumpa lagi ye Zayyan..kalau tersasar ke rawang,singgah la rumah saya pulak..ewahh..

Friday, May 21, 2010

bercanda di tepian pantai..

Lagi aksi saya masa piknik hari tu.bestnyer buat istana pasir (sebenarnya just kepal-kepal pasir jer)...main ombak..Sangat seronok..cantik tak frame yang mama buat utk entry saya ni? thanks to mama sue yang ajar mama buat border ni..


Tuesday, May 18, 2010

my best time..


Saya belum lagi merasa duduk sebumbung dengan abah sebab abah keje kat selangor,mama lak keje kat perak.So,saya jumpa abah dalam sebulan 2-3 kali sahaja.Minggu lepas abah tak balik jadi mama bawak saya piknik kat Teluk Batik..best sangat sebab saya mandi laut dengan Acik-kawan-kawan mama.Diorang so sporting & suka layan saya..
well abah,i'm still having my best time although you're not around..hehe..


Abah jangan jeles ek...




















Wednesday, May 5, 2010

hepi besday abah..


Happy 31th birthday to my abah on 21 April..Adam doakan abah akan selalu ada dengan Adam sebab Adam rindu ngan abah bila abah dok jauh..dan semoga Allah panjangkan umur abah utk tengok Adam dewasa, dimurahkan rezeki supaya boleh bawak Adam gi shopping and jalan2 selalu..hehe..
muahmuahmuah..saya saa..yangg..sangat kat abah!!!


(anak abah..----->mama says)







Tuesday, May 4, 2010

lambat sikit..

mama says...

Lama tak update blog ni kan..sebabnya yang tuan empunyanya sekarang ni sangat susah untuk di 'snap' gambarnya kerana sudah aktif berlari-larian..cerita baru banyak tapi gambar takde tak best le..anyway keep on reading..entry akan sentiasa ada cuma lambat sket..

Wednesday, April 7, 2010

Adam dan mesin..(jangan tiru aksi ini di rumah..)




Mama nak take over tulis untuk entry ni..


Aksi Adam dok dalam mesin basuh while mama busy cooking. Dun worry coz mama dah offkan segala suis yang ada.ni salah satu cara berkesan nak wat Adam senyap and tak kacau mama buat kerja kat dapur.tapi kalau dia dah boring, satu taman perumahan boleh dengar dia menjerit..owh my boy..

Tuesday, March 23, 2010

teeth..


















saya dah ada gigi..gigi saya dah tumbuh 4 batang.2 diatas dua dibawah..gigi atas besar dan jarang..kelakarnyer..pasni leh la saya makan macam-macam..

Friday, March 19, 2010

Untuk Adam dari mama..sempena genap setahun..



Perjalanan masih jauh harus kau tempuh
Ku di sini memerhati tanpa rasa sangsi
Jangan gentar ada sabar semai di jiwa
Ku di sini mendampingi agar kau mengerti
Berlarilah kau berlari
Terbanglah dikau terbang tinggi
Bumi yang engkau jejaki
Janganlah dikau lupai
Andai kucapai si pelangi
Akan kuserah kepadamu
Agar dapat kau mewarnai
Seluruh hidup nanti
Yang hitam harus dijauhi
Jangan disimpan dalam hati
Putihkan jiwamu dengan
Kasih suci
Kuterima dirimu dengan seadanya
Dalam suka dalam duka
Kau tetap cahaya

Ku bersyukur pada Yang Esa
Punya segala-galanya
Sederhana tapi sempurna..

Friday, February 19, 2010

main tulis-tulis..



seronotnyer jumpa benda ni..boleh conteng-conteng pastu padam balik..apa benda ni? saya nak tulis a..b..c.. lah!

Wednesday, February 17, 2010

another new skill..




mama..saya dah boleh panjat katil..lepas dah boleh merangkak dan mengesot, saya cepat menguasai skill baru iaitu panjat-memanjat.masa ni umur saya 8 bulan.Saya bukan saja dah pandai panjat katil tapi juga dah berjaya memecahkan pinggan embah kat rak pinggan.tapi saya tak faham kenapa mama marah bila saya pecahkan pinggan tu..itu bukan mainan ke? saya cuma nak main je.
satu lagi skill saya masa umur ni,mencampak botol susu bila dah habis minum.yang ni pun mama marah jugak.tak faham la mama ni…perkataan yang selalu saya dengar dari mulut mama kalau saya buat semua benda tu, ‘adam..jangan!!!...’
ala mama..saya cuma nak main la..

(mama says; ibu mana yang boleh dok diam kalau dapat anak ligat macam budak ni..semua benda nak dipecahkan..aiyoo..)

Monday, February 8, 2010

Mama bila dah takde keje..


ni la keje mama bila dah takde apa nak buat. memakaikan saya tudung semata-mata nak tengok camne muka saya kalau saya ni perempuan.cute tak saya? mama cakap muka saya macam muka emak abah.dalam family besar saya,saya belum ada kazen pompuan.so,mama & auntie2 saya semua teringin sangat nak baby girl.saya pun tak sabar nak baby girl,boleh la saya ragging diorang nanti.hehe..

Wednesday, February 3, 2010

kesayanganku..


my kazen and my aunty..inilah my kazen and my aunty yang selalu manjakan saya.Kazen saya ni cucu sulung dalam keluarga mama.So dia lagi la manja dari saya.Auntie saya sekarang ada kat UK sebab amik PHD..uihh..PHD tu apa ye..nanti kalau saya dah besar saya pun nak gi wat PHD jugak la..

jom mandi!


Waktu mandi yang menyeronokkan..berendam dalam tab mandi adalah kegemaran saya.saya paling suka bila mama mandikan saya dalam tab mandi yang penuh dengan buih sabun dan air suam...emm..selesanya..rasa tak mau keluar..

skill baru..


Saya pandai meniarap masa umur saya 4 bulan lebih.Mama kata saya baby yang aktif walaupun secara fizikal saya ni kecik je berbanding baby lain yang seusia saya.Malah ada baby yang lebih muda dari saya badannya lagi besar dari saya.Takpe la,nnt saya minum susu banyak2 supaya cepat membesar!

saya yang botak..


Saya tak ingat bila tarikhnya tapi masa tu umur saya 3 bulan bila embah cukur rambut saya sampai botak licin.Habis rambut saya yang tak berapa banyak tu embah cukur.Malam sebelumnya mama dan abah buat kenduri cukur jambul untuk saya kat rumah nenk sebelah abah.Ramai sangat yang datang malam tu,terasa glamer pulak saya..:)