Sunday, February 20, 2011

Ke Pahang

bik La dan maman Ihsan yang gojes..
Yeay,,aunty saya dah kahwin..Sabtu lepas mama bawa saya ke Pahang untuk kenduri sambut menantu ke Pahang.Sebelum ni kenduri kat rumah embah pada 5 Feb yang lepas....Kami bertolak hari Jumaat petang ke Rawang dahulu sebab kami bermalam di rumah abah.Saya naik kereta mama dengan embah Marsan dan embah Esah.tapi bukan mama yang drive tapi paman Bullah.mama tak nak drive sebab alasan mama nak jaga saya yang tak nak duduk diam..ye la tu mama..
Hari Sabtu pagi kami bertolak dari Rawang.Tapi sebelum tu embah lanang dan embah wedok (parent mama)  dah ada kat sana dengan rombongan yang lain.Diorang naik satu van and sewa homestay kat sana.Jauh betul jalan nak ke rumah pengantin.Saya sampai tertidur sebab penat. Tema kat rumah sana hijau putih.Sebab tu mama pakaikan saya kemeja warna hijau .mama dan abah pun pakai warna hijau.Tapi gambar saya takde la sebab saya sibuk masa tu..sibuk berlari ke sana-sini...:)
Rumah pengantin lelaki ni dekat dengan Gunung Senyum.Aunty saya ni adalah adik mama yang nombor lima.Dia la yang selalu babysit saya kalau mama pergi keje sebab dia baru habis belajar and tak keje lagi.Lepas ni saya dah takde kawan gaduh kat rumah..hehe.Selamat pengantin baru bik La dan Paman Ihsan!
Semoga kalau dapat baby nnt dapat baby girl ye..
Lepas makan kenduri kami singgah pekan Temerloh makan ikan patin..sedapnya.. 

Patin panggang cicah air asam



udang masak lemak tapi mama ratah camtu jer..

*embah lanang -datuk     *embah wedok - nenek         *Bik -Makcik            * maman - pakcik