Friday, February 19, 2010
main tulis-tulis..
seronotnyer jumpa benda ni..boleh conteng-conteng pastu padam balik..apa benda ni? saya nak tulis a..b..c.. lah!
Wednesday, February 17, 2010
another new skill..
mama..saya dah boleh panjat katil..lepas dah boleh merangkak dan mengesot, saya cepat menguasai skill baru iaitu panjat-memanjat.masa ni umur saya 8 bulan.Saya bukan saja dah pandai panjat katil tapi juga dah berjaya memecahkan pinggan embah kat rak pinggan.tapi saya tak faham kenapa mama marah bila saya pecahkan pinggan tu..itu bukan mainan ke? saya cuma nak main je.
satu lagi skill saya masa umur ni,mencampak botol susu bila dah habis minum.yang ni pun mama marah jugak.tak faham la mama ni…perkataan yang selalu saya dengar dari mulut mama kalau saya buat semua benda tu, ‘adam..jangan!!!...’
ala mama..saya cuma nak main la..
(mama says; ibu mana yang boleh dok diam kalau dapat anak ligat macam budak ni..semua benda nak dipecahkan..aiyoo..)
ala mama..saya cuma nak main la..
(mama says; ibu mana yang boleh dok diam kalau dapat anak ligat macam budak ni..semua benda nak dipecahkan..aiyoo..)
Monday, February 8, 2010
Mama bila dah takde keje..
ni la keje mama bila dah takde apa nak buat. memakaikan saya tudung semata-mata nak tengok camne muka saya kalau saya ni perempuan.cute tak saya? mama cakap muka saya macam muka emak abah.dalam family besar saya,saya belum ada kazen pompuan.so,mama & auntie2 saya semua teringin sangat nak baby girl.saya pun tak sabar nak baby girl,boleh la saya ragging diorang nanti.hehe..
Wednesday, February 3, 2010
kesayanganku..
jom mandi!
skill baru..
saya yang botak..
Saya tak ingat bila tarikhnya tapi masa tu umur saya 3 bulan bila embah cukur rambut saya sampai botak licin.Habis rambut saya yang tak berapa banyak tu embah cukur.Malam sebelumnya mama dan abah buat kenduri cukur jambul untuk saya kat rumah nenk sebelah abah.Ramai sangat yang datang malam tu,terasa glamer pulak saya..:)
Subscribe to:
Posts (Atom)