Wednesday, June 20, 2012

Adik sayang

Adik Qaireen sekarang sudah pandai bergerak maju ke depan.Kadang-kadang dia merangkak tapi sekejap je,bila dah penat dia bergolek-golek balik atas tilam.Satu lagi hobi adik ialah suka berebut mainan dengan saya kemudian menjerit-jerit kalau tak dapat mainan tu.Adik golek-golek satu rumah tengok-tengok dah sampai bawah meja.Bila mama masak kat dapur adik pun sibuk golek-golek ke dapur.pendek kata adik Qaireen telah berjaya mengemop satu rumah dengan kepakarannya bergolek-golek..hehe..
cari apa kat bawah meja tu dikk..

kat bawah kerusi lak..   


lepak atas tilam,rehat jap..

penatnya.. 
lapar pulak..bila boleh makan ni mama?

Saturday, June 9, 2012

Merajuk

Kan saya pernah mention dulu,saya suka merajuk..ha,ni abah snap muka saya masa tengah menangis+merajuk.eii,malu saya! tak hensem rupanya orang yang suka merajuk ni..



udah-udah la tu..kata mama

dah habis nangis..muka cemberut semacam..
Bak kata mama,bukan Adam namanya kalau sehari tak merajuk!



Wednesday, June 6, 2012

Teluk Dalam @ Pangkor

Saya suka cuti sekolah walaupun saya belum sekolah sebab bila cuti sekolah saya akan balik rumah abah. Maklum la,mama belum dapat tukar jadi saya masih duduk jauh dari abah. Bila agaknya mama dapat tukar ye,saya pun tak tau lah.
Selalunya abah suka bawak kami jalan-jalan bila cuti panjang. Jadi cuti kali ni abah bawak kami bercuti kat Teluk Dalam Resort. Kat mana tu? takde la jauh sangat,kat Pangkor je. Sejam setengah dari kampung saya.Cantik sangat tempatnya. Sepanjang 3 hari 2 malam kami kat sana memang untuk relaks je takde aktiviti lain.Abah ambik pakej 3 hari 2 malam termasuk makan dan feri sekali.So tak payah susah nak bersesak dengan pelancong lain. Lagi-lagi cuti sekolah ni,memang ramai orang.

Inilah chalet yang kami duduk.ala-ala kampung.
pakej termasuk bekfes,lunch dan dinner. Nama abah diletak kat meja tanda dah buat reservation. masa dinner ada pasangan duet menyanyi akustik..sedap lagunya..
Yang bestnya kat chalet ada kolam renang. Jadi memang itulah tempat tumpuan saya. Pagi petang saya ajak abah mandi kat situ, nasib baik malam pool tu tutup kalau tak memang saya akan ajak abah mandi lagi.
abah jadi mentor kami berenang
adik berenang tapi muka tak basah pun..
pagi-pagi nak pegi sarapan..saya belum mandi sebab pas ni nak mandi kolam!
 
tak nak mandi laut..takut hitam..haha


 ambik angin petang-petang kat tepi laut dengan abah saya yang suka buat peace.

 adik Qaireen buat muka ketat sebab dah ngantuk..

Jadi,itulah cerita percutian kami kali ini. Mama suka cuti yang macam ni sebab tak penat pergi mana-mana. Paling penting tak hilang banyak duit sebab tak payah gi shopping. Kedai jauh dari sini,jalannya pun banyak belok. Nasib baik mama tak muntah.hehe.. 

Friday, June 1, 2012

Melukis@menconteng

Seronoknya bila abah meluangkan masa melukis bersama saya..walaupun saya tak tau apa yang saya lukis tapi nampak cantik je..boleh la..ini la antara aktiviti saya bila balik rumah abah masa cuti sekolah.

abah yang banyak buat sebenarnya..hehe
ha..yang ni saya yang buat..senang je ni..
abah kata cheese..saya pun ikut,,hehe
tada..hasil seni saya yang pertama..tapi tak tau la apa bendanya tu.kikiki..
bestnya kalau selalu boleh lukis2 dengan abah.Tapi belum ada rezeki duduk sekali dengan abah,tunggu cuti sekolah baru boleh.Walaupun jauh tapi saya tau abah sayang sangat kat saya..kan abah? :)