Wednesday, June 6, 2012

Teluk Dalam @ Pangkor

Saya suka cuti sekolah walaupun saya belum sekolah sebab bila cuti sekolah saya akan balik rumah abah. Maklum la,mama belum dapat tukar jadi saya masih duduk jauh dari abah. Bila agaknya mama dapat tukar ye,saya pun tak tau lah.
Selalunya abah suka bawak kami jalan-jalan bila cuti panjang. Jadi cuti kali ni abah bawak kami bercuti kat Teluk Dalam Resort. Kat mana tu? takde la jauh sangat,kat Pangkor je. Sejam setengah dari kampung saya.Cantik sangat tempatnya. Sepanjang 3 hari 2 malam kami kat sana memang untuk relaks je takde aktiviti lain.Abah ambik pakej 3 hari 2 malam termasuk makan dan feri sekali.So tak payah susah nak bersesak dengan pelancong lain. Lagi-lagi cuti sekolah ni,memang ramai orang.

Inilah chalet yang kami duduk.ala-ala kampung.
pakej termasuk bekfes,lunch dan dinner. Nama abah diletak kat meja tanda dah buat reservation. masa dinner ada pasangan duet menyanyi akustik..sedap lagunya..
Yang bestnya kat chalet ada kolam renang. Jadi memang itulah tempat tumpuan saya. Pagi petang saya ajak abah mandi kat situ, nasib baik malam pool tu tutup kalau tak memang saya akan ajak abah mandi lagi.
abah jadi mentor kami berenang
adik berenang tapi muka tak basah pun..
pagi-pagi nak pegi sarapan..saya belum mandi sebab pas ni nak mandi kolam!
 
tak nak mandi laut..takut hitam..haha


 ambik angin petang-petang kat tepi laut dengan abah saya yang suka buat peace.

 adik Qaireen buat muka ketat sebab dah ngantuk..

Jadi,itulah cerita percutian kami kali ini. Mama suka cuti yang macam ni sebab tak penat pergi mana-mana. Paling penting tak hilang banyak duit sebab tak payah gi shopping. Kedai jauh dari sini,jalannya pun banyak belok. Nasib baik mama tak muntah.hehe.. 

No comments:

Post a Comment